Wednesday, July 6, 2011

MODUL KEM PENGHAYATAN RAMADHAN



Ramadhan menjelma lagi, bulan penuh barakah dan rahmat untuk sekelian umat Islam. Ia merupakan sebuah madrasah tarbiyah untuk melatih umat Islam agar mencapai tahap ketaqwaan yang tinggi di sisi Allah. Nilai – nilai taqwa yang terbentuk didalam jiwa umat Islam diumpamakan sebagai benteng pertahanan yang paling kukuh dalam pembentukan sebuah masyarakat muslim. Ia sekaligus dapat membina kekuatan umat Islam dalam mengharungi cabaran zaman.
Jesteru, bagi menyemarakan dan meningkatkan lagi penghayatan ibadah puasa di dalam bulan ramadhan ini marilah kita laksanakan program – program yang bermanfaat khususnya untuk generasi muda Islam.
Suatu modul khas untuk remaja Islam bagi menghayati ibadah puasa dalam bulan Ramadhan telah disediakan. Modul ini diberi nama Modul Kem Penghayatan Ramadhan ia ringkas, praktikal, mudah untuk dilaksanakan dan lengkap. Modul ini disediakan untuk para guru, ustaz, ustazah, aktivis Islam yang berusaha untuk mengembangkan dakwah dikalangan generasi muda.
Objektif modul :
1.0 Menanamkan semangat untuk menjadi seorang remaja Islam yang beriman dan bertaqwa untuk berjaya di dunia dan akhirat
2.0 Mempelajari keutamaan ibadah puasa dan hikmahnya dalam kehidupan umat Islam
3.0 Menjadikan remaja Islam yang prihatin dan peka terhadap perkembangan semasa umat
4.0 Membudayakan amalan – amalan kerohanian yang dituntut dalam bulan Ramadahan
Masa :
Program ini boleh dilaksanakan selama 2 hari 1 malam , atau program 1 hari tanpa bermalam.
Sasaran 
Remaja Islam Tingkatan 1 hingga 6

Modul ini disediakan dalam bentuk soft copy power point ia mengandungi perincian bagi setiap pengisian modul program, aturcara program, slide ceramah dan draf sijil penyertaan.
Penghantaran dalam tempoh 24 jam dari tempoh tempahan dibuat!
Sila sms ke 0168487317  Untuk membuat tempahan,
Pembayaran boleh di buat setelah CD diterima di tangan anda :

Web form powered by 123ContactForm.com | Report abuse